Ulasan kritis Konsert M. Nasir... Kembara

Konsert M. Nasir... Kembara menerima ulasan positif daripada pengkritik muzik. Mohd Khairul Mohd Ali dari Utusan Malaysia memuji konsert jelajah M. Nasir secara keseluruhan, berpendapat bahawa "bukan sahaja aspek nyanyian, tetapi persembahan tarian, penguasaan pentas, interaksi dengan penonton serta gaya tersendiri membuatkan dia terus kekal mengungguli industri nyanyian tempatan sehingga kini" dan turut berpendapat konsert ini mematarbatkan lagi kedudukan dan pencapaian M. Nasir dalam bidang muzik.[11] Tengku Khalidah Tengku Bidin, juga dari akhbar sama menyifatkan M. Nasir "seniman tak lapuk dek hujan" dan berkata: "Sesuai dengan gelaran ‘sifu’ yang dimiliki, kelebihan M. Nasir tidak sekadar menyanyi, ada masanya dia cukup menceriakan suasana dengan lawak bersahaja. Mungkin yakin dengan kehebatan sistem bunyi di konsert itu juga, M. Nasir sempat berlaku jujur dengan memberitahu ada bahagian lagu yang dia tidak mampu nyanyikan kerana terlupa lirik. Nampak seperti tidak patut berlaku di sebuah konsert besar seperti itu...".[12] Dalam ulasannya mengenai konsert ini, Arina Azlan dari Kosmo! pula berpendapat konsert ini menjadi bukti M. Nasir "masih berbisa walau sudah 40 tahun merajai muzik tempatan".[13]

Rujukan

WikiPedia: Konsert M. Nasir... Kembara http://www.hmetro.com.my/node/73694 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/m-nasir... http://www.utusan.com.my/hiburan/seniman-8232-tak-... http://www.utusan.com.my/hiburan/siapa-kata-saya-e... http://www.utusan.com.my/hiburan/sifu-kekal-berbis... https://artismeletop.blogspot.com/2015/10/diskaun-... https://praharaseni.blogspot.com/2015/05/konsert-m... https://praharaseni.blogspot.com/2015/11/pesta-kem... https://origin.bharian.com.my/taxonomy/term/8/2015...